All News

JABATAN KESELAMATAN BERKONGSI ILMU KESELAMATAN DI PEJABAT

gambar berita bicara keselamatan di pejabat 13.7.23

 

CUIC-UUM, 13 Julai 2023: Satu majlis perkongsian santai mengenai isu keselamatan pejabat berlangsung di Bilik Eureka, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) bermula pada pukul 8.30 pagi. Pihak CUIC telah menjemput wakil dari Jabatan Keselamatan, UUM, Inspektor (PB) Ahmad Tariq Bin Zulkifli sebagai penceramah dan  diiringi oleh Encik Mazlan Bin Ismail, Penolong Pegawai Keselamatan.

Dalam majlis perkongsian santai ini, Tuan Ahmad Tariq berkongsi mengenai keselamatan harta benda, seperti isu kecurian, bagaimana proses penyiasatan dan cara mengatasinya. Beliau juga turut berkongsi mengenai keselamatan fizikan serta mental yang berpandukan maklumat dari Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

“Kita perlu mengambil tahu tentang punca terjadinya kecederaan fizikal dan mental semasa di tempat kerja. Mengenal pasti dan mengelakkan Hazard punca kecederaan di pejabat perlu dikuasai bagi mencegah daripada pekerja mendapat kecederaan atau dijangkiti penyakit yang mengganggu kualiti kerja dan kehidupan perkerja tersebut” ujarnya.

Selain itu, beliau juga berkongsi mengenai pengurusan keselamatan pejabat yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi. Beliau turut menyentuh mengenai Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan fizikal.

Majlis berakhir dengan penyerahan cenderahati daripada wakil CUIC dan sesi bergambar.