All News

MEMBERSIH SUNGAI DAN ALAM SEKITAR JADI AMALAN CUIC

pic prog sungai 5.10.23

Sintok UUM: Pihak CUIC sekali lagi menganjurkan program membersihkan kawasan Surau Batu Sungai, Bukit Kachi. Trash Zero 2.0, Sungai Bersih, ini dianjurkan bagi melibatkan aktiviti pengutipan sampah dan pembersihan di sekitar surau dan sungai.

Prof. Dr. Chandrakantan, Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) berkata, program seperti ini perlu diperbanyakkan lagi supaya dapat memberi pendedahan kepada warga CUIC tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai dan kepentingan memuliharanya untuk kegunaan generasi masa hadapan.

Trash Zero 2.0 Sungai Bersih, merupakan program yang sesuai disertai oleh semua tanpa mengira umur, kerana ianya mampu meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikan serta dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan staf”, ujarnya lagi.

Program gotong-royong yang mensasarkan kelestarian alam sekitar ini disertai oleh semua warga CUIC dan berakhir pada pukul 10.30 pagi dengan sesi berkelah dan bergambar.